Apa yang telah aku lakukan sehingga dapat aku menerima nasib yang buruk ini. Jikalau dahulu, bapaku sahaja yang meninggalkan aku tetapi kini, ibuku juga meninggalkanku di tepi jalan berseorangan. Aku menghinap dengan ibuku hanya selama lima tahun apabila ibuku mula menganggapku sebagai sampah dan membiarkan aku di tepi jalan dengan bajuku yang koyak-rabak. Sehingga kini aku dapat mengimbas kembali perkataan-perkataan yang ibuku memberitahuku. "Kau ini membuat aku susah sahaja. Pergi mati lah kau........." Aku terjaga dari khayalan aku dengan bunyi pintu rumah Nenek yang telah dibuka. Aku keluar dari bilikku yang kecil itu. Ternyata, Nenek dan Lili telah pulang daripada membeli sayur-sayuran di pasar yang berhampiran dengan blok ini. Apa yang aku tidak dapat lihat sebelum itu adalah seorang lagi manusia yang berdiri di belakang nenek. Bajunya koyak-rabak dan badannya bertompok. "Apa ini Nenek? Nenek sudah bawa seorang budak lelaki balik pula?" Aku memarahi Nenek. "Nenek telah berjumpa dengan Hafiz. Dia di tepi tong sampah mengutip makanan. Kesian dia Ain." Nenek menjawab persoalanku. Aku berhati batu. Lili juga Nenek sudah membawa balik yang dijumpai di longkang. Kini, Nenek sudah mahu membawa balik seorang lelaki yang miskin pulang. Seperti sebuah rumah tumpangan untuk anak yatim. "Kalau tiga orang dah tidak boleh hidup, empat orang bagaimana? Dahlah Nenek sudah tua!" Perasaanku penuh dengan kemarahan. Nenek tetap kedegilan ingin menyimpan dan membela budak Hafiz itu. Aku pun berjalan di depan mereka dan memandang mereka seperti mahu membunuh lalu keluar dari rumah itu.


"Ini semua kerana Lili dan Hafiz. Budak haram itu. Membuat aku marah sahaja" lubuk hatiku hanya mendendamkan kedua manusia itu. Tetapi ia memang benar jika aku mendendamkan mereka kerana kedua manusia itulah yang membuat perasaan aku sentiasa marah. Kemarahan aku ini tidak dapat aku berhentikan. Setiap hari, semakin dashyat. Kini, aku sudah mulai mendera Hafiz dan Lili apabila Nenek tidak berada di rumah. Suatu hari apabila aku sedang menonton televisyen di ruang tamu, aku mendengar bunyi seperti kaca yang telah jatuh dan pecah ke lantai. Aku pun berlari ke tempat yang aku telah mendengar kaca pecah itu. Ternyata, Lili dan Hafiz sedang bermain di dalam dapur sehingga mereka terlanggar segelas air dan ia terjatuh ke lantai. Aku pun mula denda mereka kerana kelalaian dengan mengambil kaca itu dan mencakar kulit mereka itu. Berdarah seluruh tangan kedua manusia itu. "Bagus, kamu berdua patut didera. Manusia bodoh!" Aku menunjukkan kepuasan hatiku dengan mendera mereka. Sedang aku berduduk di taman yang berdekatan dengan rumah Nenek itu, aku tersedar bahawa sebenarnya kerana ibu bapaku yang tidak bersama aku mula memuaskan diriku dengan mendera Hafiz dan Lili. Seperti gembira setelah melukakan mereka. Hatiku memberitahu aku bahawa ia memang salah tetapi akal aku memberitahu aku bahawa mereka memang sepatutnya dilukai. Aku sentiasa bingung memikirkan tentang sebab-sebabnya aku sentiasa mendera mereka. Setelah perasaan dan hatiku dapat sejuk semula, aku mula menaiki tangga yang menuju ke rumah Nenek. Di luar rumah Nenek, aku melihat dua kasut wanita yang merah dan anggun. Seperti kasut wanita kaya. Aku pun bingung lalu memasuki rumah itu.

"Ain? Memang kau Ain? Ini Ibumu Ain, masih ingat?" wanita yang berpakaian baju berwarna merah dan seluar yang mungkin berjenama mahal memelukku dan mencium dahiku. Aku menolak wanitia itu dan menanya jika ia benar dia ibuku. "Memang benar, aku ini ibumu" Dia menjawab persoalanku. Tidak mungkin ibuku, tidak mungkin ibuku, Aku sentiasa memikirkan tentang ini. Aku merenung muka wanita itu sekali lagi. Tahi lalatnya masih ada di dagunya dan matanya yang sangat cantik. Memang benar, itu ibuku. Ibuku yang sentiasa memarahi aku dan memberitahuku bahawa aku menyusahkan untuknya dan ingin aku mati. Ibuku yang meninggalkan aku di tepi jalan dan ibuku yang menanggap aku seperti sampah. Bingung akal aku, jika aku harus berasa gembira atau marah dengan kedatangan ibuku. Ibuku menuju ke hadapanku dan menunduk kepalanya. "Ibu minta maaf Ain, Ibu memang tidak sengaja membiarkan Ain". Ibuku bersuara. Ia memang menunjukkan bahawa dia memang ingin dimaafkan oleh aku. Tetapi, aku tidak akan pernah memaafkan ibuku setelah apa yang dia lakukan kepada aku. "Semua ini adalah kerana ibu. Pergi ibu dari sini. PERGIIIII!" Aku berteriak kepada ibu. Ibu mula tangis dan meninggalkan rumah itu. Nenek cuba memujuk aku dan Hafiz serta Lili hanya berdiri di situ seperti batu. Aku menolak Nenek dan menuju ke bilikku.

Dalam bilikku, aku menangis dengan sekuat-sekuatnya. Hatiku mula diisi dengan perasaan marah. Aku seperti hendak mendendam seseorang untuk menunjukkan kemarahan aku. Aku keluar dari bilikku. Ternyata, Nenek telah keluar untuk bekerja dan Hafiz dan Lili tertinggal di rumah. Kesempatan yang baik buat aku. Aku mula diisi dengan perasaan dendam dan seperti ingin mendera seseorang. Aku mengambil rotan yang tipis dan panjang lalu memukul Hafiz dengan sebuah pukulan. Aku mula memukul Hafiz lebih banyak kali. Setelah aku telah puas hati, Hafiz terlentang di lantai. Kulitnya terkupas dan badannya meunjukkan beberapa tanda merah akibat rotan itu. Untuk lebih memuaskan hati aku, aku memijaknya dengan sekuat-sekuatnya hingga dia telah sesak nafas. Lili hanya berdiri di situ seperti kayu. Aku tersedar bahawa aku menimbulkan perasaan benci terhadap Hafiz sehingga aku sedar bahawa dia telah nazak. Aku terperanjat. Aku sebenarnya telah memukul dan mendera serta membenci Hafiz begitu banyak sehingga aku membunuhnya. Aku memang zalim! Tiba-tiba Nenek pulang dan memandang mayat Hafiz itu dengan perasaan sedih dan air mata yang mengalir dengan tidak berhenti.

Pagi itu, tidak ramai orang hadir semasa kebumian mayat Hafiz. Hanya aku, Nenek, Lili dan Ibuku. Sedang kami berempat sedang pulang ke rumah, Ibuku memberitahu aku bahawa sebenarnya Hafiz adalah adikku. Ibukku telah memberi nasib yang sama kepada adikku, Hafiz. Aku mula membenci diriku setelah menyedar bahawa aku telah membunuh adikku sendiri. Jikalau aku tidak menghalau Ibukku keluar pada hari itu, dia mungkin akan memberitahuku bahawa Hafiz sebenarnya adalah adikku. Air mata mengalir dan membasahi pipiku seperti hidupku juga mahu berhenti..........