Cerita 5

oleh Izzati dan Inna

Haikal melalui lorong yang sunyi sepi. Tetapi kesunyian lorong itu tidak menggangunya kerana sering melaluinya. Dengan tidak disangka, dia terbau sesuatu yang menggerunkan. "Aku terlupa hari ini malam Jumaat!" Haikal terfikir. Haikal terpandang mayat yang terlantar di atas lantai itu. Dengan setiap langkah, bau itu bertambah kuat. Sekelumpuk lalat megelilingi sesuatu yang kelihatan seperti tubuh seseorang. Perangai Haikal yang selalu hendak menyiasat kes, merangsangnya untuk melihat tubuh itu. "Mungkin itu bukan orang pun," Haikal berbisik di hatinya. Apabila mendekati tubuh tersebut, dia mula menghalau lalat-lalat itu. Mimpi seramnya telah menjadi kenyataan. Kawan karibnya, Ali, yang terlantar di atas lantai.