Selepas memikirkan tentang Danial, aku dan Romeo ke rumahnya untuk melihat keadaan dan kondisinya, jika semakin parah atau sudah baikan sedikit. Apabila aku dan Romeo tiba di pintu rumahnya Danial, kita berdua hanya berdiri terpaku, kita mencuba mengetuk pintunya tetapi tiada orang yang membuka pintu itu. Aku dan Romeo pun hairan, di mana si Danial itu berada. Akhirnya selepas menunggu selama lima belas minit, Danial membuka pintu itu. Walaupun sebegitu, kita berdua amat tergamam dengan imejnya. Rambutnya tidak disikat, bajunya berlubang, badannya kotor dan amat berbau. Walaupun sebegitu, dia masih kawan kita dan kita harus menolongnya. Tetapi dengan niat yang baik, ia tidak cukup untuk membuat Danial kembali ke tangan kita. Dia terus pekik dengan kuat, “Pergi kamu! Kau itu siapa? Aku tidak mahu lihat atau cakap kepada sesiapa saat ini! Sudah, berambus!”

Walaupun hati kita sudah dilukai dengan perkataan-perkataan Danial, kita tetap redha. Keesokan hari, aku dan Romeo menelefon pegawai IMH (rumah sakit untuk orang gila) untuk membawa Danial untuk mendapatkan rawatan yang akan menolongnya. Selama dua tahun, aku dan Romeo selalu mengunjungi dia atas rasa kasihan. Kita amat sedih melihat keadaan Danial, kawan kita sejak kecil.

Lepas melihat Danial di IMH, aku dan Romeo ke kantin di bawah untuk bincangkan bagaimana kita boleh medapatkan rawatan yang lebih baik untuk Danial kerana rawatan yang dia ada sekarang tidak menolong dia sedikit pun, malah dia menjadi lebih teruk. Aku berkat, “Mungkin doktor yang merawati Danial tidak bagus? Aku rasa kita patut mendapatkan doktor baru yang lebih pakar dalam masalah Danial supaya dia boleh sembuh.” Romeo membalas, “Hmmm, pandai Chris mendapatkan buah fikiran ya? Aku rasa idea itu bagus lah.” Aku dan Romeo pun ke pejabat doktor itu supaya boleh menukar perawatnya.

Minggu seterusnya, doktor baru itu datang untuk melihat kondisi Danial. Dengan sekilas pandang, sepertinya Danial sudah sembuh dari kegilaannya yang menghantui Danial selama lebih dua tahun. Doktor baru itu adalah wanita tua yang berumur 40 tahun. Danial kelihatan tertarik dengan wanita itu dan selalu ingin perhatian darinya. Bukan itu sahaja! Danial juga memanggil dia sayang, “darling”, “dear”. Sungguh membingungkan. Oleh kerana wanita itu adalah doktor Danial, dia terpaksa melayannya supaya dia boleh cepat sembuh.

Satu hari nanti, aku dan Romeo melawati Danial. Aku berkata, “Eh Romeo, bukankan ia tidak baik yang Danial memanggil doktor itu sayang dan itu semua? Dengan begitu pun boleh dikatakan gila kan?” Romeo berbalas, “Betul kata Chris. Kita harus hentikan ini semua!” Apabila kita ke dalam bilik Danial, kita cuba bercakap dengan Danial, “Hey Danial, tidur dengan lena? … Hmmm, baik. Danial kan suka dengan doktor wanita itu kan? … Bukan salah, tetapi, dia kan doktor dan dia sudah bersuami, Danial bukan budak kecil lagi, panggil lah doktor dengan nama lain? … Jangan marah, Chris dan Romeo tak marah dengan Danial, kita berdua hanya mengingatkan, senyumlah.” Danial pekik, “Oi! Dia bukan doktor Danial! Dia kekasih Danial! Kekasih! Dia sepatutnya kahwin dengan aku tetapi dia tukar fikiran! Sanggup dia membuat ku begini! Aku tidak boleh hidup tanpanya! Kenapa dia pergi! Sekarang dia sudah kembali di dalam hidupku, awak berdua ingin dia pergi! Aku tahu yang awak berdua ingin melihat aku menderita kan?!” Aku, Romeo, doktor dan jururawat yang lain semua hairan dengan apa yang dikatakan oleh Danial. Terutama doktor wanita itu, dia tercegat dan tidak mungkin berkata apa-apa. Danial tiba-tiba di dalam keadaan yang tidak dapat dikawal. Tidak pernah dia segila-gila ini, semua orang terkejut.

Dengan keadaan Danial sebegitu, dia terpaksa disuntik, aku dan Romeo sungguh sedih melihat apa yang terjadi kepada Danial. Apabila semua sudah tenang, Danial dibiarkan untuk berehat. Walaupun orang selalu katakan bahawa lelaki tidak selalu menangis, aku terlalu sedih sehingga aku tidak dapat hentikan airmataku yang mengalir. Sahabatku yang lamu ku kenal, sepertinya sudah hilang dari hidupku jika dia tidak disembuh. Tiba-tiba, Romeo berkata kepadaku, "Chris, aku tahu yang awak itu sedih. Tetapi ini lah takdir yang ditentukan oleh Tuhan, kita redha sahaja ya? Tenang fikiran kau itu, releks lah sikit." Aku mengangguk-anggukkan kepalaku. Betul kata Romeo, aku harus redha atas apa yang terjadi.

Selepas dua jam, Danial terjaga dari tidurnya. Aku hanya terdiam dan tenung ke wajahnya, diam dan sepertinya pertama kali dia tenang. Romeo pun senyum kepadanya. Malah, wajahnya tiba-tiba menukar, "Aku nak mati. Lepaskan lah diriku ini, tidak ada maknanya aku menderita di dunia ini. Aku ingin ke syurga di mana kekasihku berada. Sudah lama dia menunggu kedatanganku. Kasihan dia." Danial terus lari dari bilik itu, hanya aku dan Romeo melihat dia. Doktor-doktor dan jururawat-jururawat tiada di tempat kejadian itu. Aku mencuba untuk menangkapnya tetapi gagal. Semasa dia berlari, aku terkejut dan sudah terlambat. Apabila aku cuba mencarinya, mataku terbelalak kerana melihat berlumuran darah yang mengalir dari tubuh Danial. Dia sudah membunuh diri. "Danial! KAU BODOH! KENAPA KAU MEMBUAT SEBEGINI? SALAH ITU SALAH! SALAH! DANIAL KENAPA DANIAL KENAPAAAAAA?!" aku tidak dapat
menahan kesedihan in lagi. Aku dan Romeo sudah susah-payah menolong Danial tetapi kita gagal! Namun, aku tidak boleh berkelakuan sebegitu. Aku cuba tenangkan diriku ini.


Sejam kemudian, pihak polis menghampiri aku, Romeo dan bapa kepada Danial yang baru tiba di tempat kejadian itu. Bapa Danial disoal oleh pihak polis tentang riwayat Danial sebelum kejadian ini. Bapanya berkata, "Sebenarnya, dia dahulu pernah berpacaran bersama ibu tirinya. Apabila encik dapat tahu, encik memarahi dan mendaranya sehingga dia meninggal dunia. Sejak kejadian itu, Danial mula dendam dengan encik ini, dan dia juga berasa sungguh sedih selepas kematian ibu tirinya atau pacarnya." Pada petang itu juga, Danial dikebumikan di kubur bidadari.

Aku hanya tercegat dan amat terkejut dengan apa yang terjadi. Bolehkah seorang anak berpacaran dengan ibu tirinya? Dunia ini amat aneh, ganjil dan pelik dalam berbagai cara ...