Aku berasa sedih kerana Marteen terlupa hari jadiku.Di kereta,aku berdiam sahaja.Marteen memandu dengan pantas.Rumah Mak Yam di Woodlands.Apabila sampai ke rumah Mak Yam,Marteen memberitahuku dia sungguh sakit dan penat.Mak Yam adalah makcikku.Dia juga terlupa apa hari ini,tetapi, aku tidak menyalahkannya.Dia sangat sakit hingga dia tidak ada tenaga untuk bangun dan berjalan.Kami memasak dan menjaganya.

“Tuk Tuk!Siapatu?”aku terkejut.”Doktorlah!’Marteen menjawab dari dapur.Aku berlari pantas ke arah pintu lalu aku terhentak kepalaku di pintu.Tiba-tiba ,aku membuka mata..Aku termimpi.Hatiku berdebar-debar apabila terlihat kek besar itu di hadapanku.

Kek itu dipegang oleh ibu dan bapa kerana kek itu terlalu besar.Ibu bapa memberitahuku kek itu dibeli dari kedai yang sangat mahal di Vivo city.Aku sangat ghairah.Mak Yam dan Marteen juga di situ dan Mak Yam tidak sakit.Mereka menyanyi lagu hari jadi untukku yang terperanjat dan berasa megah.Dana tahu keluarganya tidak akan terlupa hari jadinya.Tiba-tiba,kek yang sungguh besar itu, terjatuh ke mukaku.Mereka ketawa terbahak-bahak.