Ali tidak pulang ke rumah semenjak tiga hari yang lalu.Dia memberitahu ibunya yang dia akan ke taman tetapi tidak muncul balik.Semua anggota keluarga bertungkus-lumus untuk mencarinya,tetapi gagal menemuinya.Hatiku pilu.Tidak sampai hati hendak beritahu keluarganya. Selepas tercengang selama beberapa minit,aku akhirnya dapat mencapai telefon bimbit dari kocekku dan menghubungi pihak polis. Aku dikelilingi dan disoal.Mulutku terasa berat.Tiada apa-apa pun yang dapat aku katakan.Badanku berasa amat lemah seperti kurang vitamin. "Ali adalah kawan baikku dan aku tidak tahu apa yang berlaku ke dia,"aku kata dan terus menangis. Mereka terdiam.Barulah mereka memahami perasaanku.Aku diiringi ke dalam kereta polis dan dibawa ke balai polis.
"Haikal,awak harus beritahu saya apa yang awak tahu,"kata Inspektor Mahmud.
"Ali..dia adalah kawan baikku.Aku tahu yang dia telah hilang selama tiga hari.Dia menghadapi masalah di sekolah disebabkan ......"jawabku dengan perlahan.
"Sebab apa Haikal?"soal Inspektor.
"Feroz dan kawan-kawannya selalu mengusik dan mengugut Ali.Duit harian Ali akan diambil,"balasku.
"Saya akan menyiasat lebih dalam tentang perkara ini.Kamu harus berehat dan menyenangkan fikiran anda,"nasihatnya.
Aku mengurung diriku di dalam bilik sejak aku pulang dari balai polis.Sudah lima hari aku berada di dalam bilik.Aku masih degil hendak percaya yang Ali sudah tiada.Pahit rasanya apabila orang yang paling kita sayangi dan percayai tinggal begitu sahaja.Walaupun ibu,bapa dan abangku sering memujukku,aku tidak memperdulikan mereka.Makanan tidak berasa dan mandi pun tidak basah.Hidupku sunyi dan gelap.Hancur semuanya tanpa kawanku.Waktu seperti tidak akan tamat dan sekolah begitu bosan.Titisan air mataku akan menitis apabila aku teringat masa-masa kami bermain,berbual,ketawa dan nangis bersama.Aku telah anggap dia seperti adikku.Perhubungan kami ibarat peribahasa "Air dicencang tiada putus."
Kejadian ini telah meninggalkan parut pada hidupku.Parut yang masih segar dan masih melukai.Setiap hari,aku terpandang dan teringat wajah si Ali.
Beberapa hari berlalu,tetapi tiada berita dari sesiapa.Aku mula menjadi resah.
Telefon bimbitku bergegar.Aku terus mencapainya.Inspektor Mahmud hendak berjumpa denganku.Selepas selesai bersiap,aku bergegas ke tempat yang kami telah berjanji hendak bertemu.
Tiba sahaja,aku dapat merasai yang sesuatu tidak betul.
Alangkah terperanjat apabila aku diberitahu yang pembunuh Ali adalah bapa tiri.
Bapa tirinya telah cemrburu dengan Ali secara senyap.Dia juga hendak harta Ali yang ditinggal oleh nenek dan datuknya."Orang memang sanggup membuat apa-apa sahaja untuk harta dunia.Adakah orang begini buta? Harta dunia tidak boleh bawa apabila meninggal dunia.Tinggal juga harta dunia apabila meninggal.Jadi,kenapa orang begitu tamak hingga boleh membunuh seorang anggota keluarga,"aku terfikir di dalam hati.
Bapa tirinya telah menjadi seperti ayahku sendiri.Apabila aku dapat tahu,hatiku semakin hancur.Naik darahku.Sekarang,bukan seorang yang meninggali hidupku,tetapi dua.Aku berasa lebih pilu apabila terfikir tentangnya.
Aku bersyukur sebab dididik tentang agama kita sejak kecil.Aku tahu apa yang patut orang Islam melakukan dan apa yang tidak patut dilakukan.Tetapi rasa marahku terhadap bapa tiri Ali masih tidak boleh padam.
Patutkah aku mengambil balasan terhadap orang yang membunuh kawan karibku dan melakui hatiku dengan begitu dalam?