Hari itu aku berada di dalam pejabatku di Raffles. Aku di dalam tekanan kerana mesti habiskan projek dan aku mesti balik awal untuk Hari Lahir suamiku juga. Aku tidak tahu apa yang akan berlaku di rumahku di Hougang. Sebenarnya, aku hanya tahu bahawa anak tunggalku, Didi, sedang menghiaskan rumah untuk parti Hari Lahir suamiku.

Pada pukul empat petang, Didi menelefon suamiku bahawa ada seorang pencuri di dalam rumah dan dia sedang berada di biliknya yang sudah dikuncikan olehnya. Dengan cepat, suamiku menelefonku untuk memberitahu kalau aku sudah tahu tetapi aku hanya tergamam. Aku terus menelefon polis. Suamiku bergegas keluar pejabatnya dan ke keretanya. Aku terlalu takut dan tidak tahu apa untuk membuat kemudian. Aku hanya berdoa untuk keselamatan anak tunggalku, Didi.

Setelah beberapa minit kemudian, telefon bimbitku bedering. Aku bergegas dan menjawab dengan hikmah. Aku berfikir itulah suamiku yang menelefonku untuk memberitahu bahawa polis sudah menangkap pencuri itu tetapi, aku tidak dengar suaranya. Aku tidak akan mendengar suaranya lagi. Jam menunjuk empat setengah petang. Suamiku meningal dunia di dalam sekurang-kurang tiga puluh minit dan juga pada Hari Lahirnya...

Suasana di rumahku sunyi. Pegawai-pegawai polis sudah meninggal tempat selepas berbincang tentang apa yang berlaku. Aku berasa amat hiba. Aku juga berasa amat marah terhadap perbuatan Didi dan kerana itu, kerana dia tidak tahu bahawa perbuatannya ialah sesuatu yang besar, suamiku yang prihatin kepada pendapatannya meningal dunia. Suamiku, dalam keadaan kelam-kabut, memandu keratanya dengan lanjut untuk balik rumah untuk menyelamatkan Didi tetapi melanggar sebatang pokok. Tetapi, cerita tentang pencuri di rumah tidak benar dan kerana ketipuan Didi untuk suamiku balik rumah awal untuk nampak perhiasaan di dalam rumah untuk Hari Lahirnya, suamiku tidak akan balik lagi. Tiba-tiba, Didi bergegas ke arahku dan memelukku. Air mataku jatuh ke rambutnya tetapi aku bertolaknya. Aku tidak menangis kerana Didi menyesal perbuataannya tetapi kerana suamiku mati. Aku tidak kesah kalau Didi barasa sedih atau apa-apa. Aku terus memukulnya dan menangis. “ANAK ZALIM, KAMU BUNUH SUAMIKU PADA HARI LAHIRNYA PULA! KENAPA AKU ADA ANAK MACAMMU?"

Aku tidak mengasih anakku lagi. Tidak, Didi tidak anakku. Aku tidak ada anak.

(341 perkataan)