Objektif Pelajaran

Pelajaran PENULISAN KOLABORATIF ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan satu padu para pelajar dalam penciptaan sebuah penulisan kreatif lagi menarik. Penulisan yang akan dijalankan oleh para pelajar buat pelajaran ini adalah untuk para pelajar bergabung tenaga dalam memikirkan idea-idea yang menarik dan juga sama-sama bekerjasama dalam memperbaiki hasil kerja setiap pelajar.


Jadual Pembelajaran


SESI 1
Fikirkan bersama

Kerja Berpasangan - Aktiviti sumbang saran
1. Bincangkan perenggan permulaan cerita bersama pasangan kamu
2. Rujuk pada LEMBARAN KERJA 1
3. Bina satu laman utama menggunakan Wiki dan taipkan permulaan cerita kamu,
4. Pastikan setiap pengenalan yang dicipta bersama mengandungi 2 watak.
SESI 2
Menulis menggunakan WIKI

Kerja Individu
1. Ciptakan satu laman baru.
2. Pastikan kamu membuat pautan kepada laman utama kamu (dimana kamu telah menuliskan permulaan cerita).
3. Pilih satu watak dan teruskan cerita kamu.

SESI 3
Pautan dalam cerita

Kerja Berpasangan
1. Baca semula cerita masing-masing.
2. Bincang bersama rakan kamu bagaimana kamu dapat menggunakan gambar ataupun informasi tambahan yang boleh dipautkan kepada cerita kamu.

SESI 4
Baca & Baiki

Kerja Berpasangan
1. Baca cerita pasangan kamu.
2. Semak ejaan dan tatabahasa penulisan.
3. Ubah dan perbaiki penulisan pasangan kamu.