"Keluar kau dari rumahku ini! Aku tidak mahu melihat muka kau lagi! Anak jahanam!", kata ibu Bobo;bekas teman lelaki Salmah. Dia pun mengangkat kakinya dari situ. Seterus sahaja dia keluar dari rumahnya itu, dia menelefoni temanitanya kini. Tetapi nasibnya tetap malang. Temanitanya telah memutus perhubungan antara dia dan Bobo setelah mendengar khabar yang menghampakan itu. Kini baru dia sedar bahawa temanitanya itu hanya ingin dengannya kerana duit, bukan kerana cinta. Selepas dikecewai, dia pun merujuk kepada bekas temanitanya iaitu Salmah;cahaya mata yang pertamaku. Memandangkan Salmah tergila-gilakan si Bobo itu, dia pun setuju untuk membawa pulangnya tanpa meminta izinku dahulu.
Apabila Bobo menjejak sahaja kakinya ke rumahku, dia terpegun melihat keanggunan dan kejelitaan Tini;seorang budak perempuan yang aku membawa pulang dari sesuatu lorong. Semenjak Tini hadir, kehidupanku semakin bermakna. Oleh kerana dia, aku ada sebab untuk hidup dalam dunia ini. Tanggungjawabku adalah untuk membela dan membesarkannya dengan baik. Aku perlu mengawalnya ke arah jalan yang betul. Kini, Bobo tinggal bersama Salmah, aku dan juga Tini. Lazimnya, apabila Salmah tiada di rumah, Bobo akan menggatal dengan Tini. Oleh kerana keadaanku itu, aku tidak dapat menghalangnya dari berbuat sedemikian. Aku begitu hampa.
Aku bersimpati pada Tini kerana dia tidak mempunyai apapun kebebasan seperti budak-budak yang lain. Masa yang paling menggembirakan kami berdua adalah apabila kedua-dua insan;Salmah dan Bobo tiada di rumah. Kadangkala, aku akan membawanya turun ke taman permainan yang berhampiran rumahku itu dan bermain bersamanya. Masa itu jarang tiba kerana punggung Bobo amat berat sehingga dia tidak boleh bangun dari kerusi yang didudukinya selama satu hari itu. Dia sungguh malas orangnya. Entah bagaimana boleh si Salmah itu menjatuh hati kepadanya. Tidak pernahkah Salmah menyesal atas sebarang kesilapannya itu? Adakah dia buta? Mengapa tidak boleh dia terima kebenaran bahawa Bobo itu seorang yang tidak setia orangnya ? Soalan-soalan ini dibiarkan tidak dijawab dalam kotak fikiranku. Aku sendiri tidak pernah memahami cara minda anakku, darah dagingku sendiri berfikir. Kadang-kadang aku berfikir jikalau aku telah membesarkannya dengan betul ke tidak. Mungkin kerana aku, dia telah menjadi begitu. Aku juga menyesal akan segala kesilapan yang telah dilakukan olehku.
Aku bertambah uzur dan penyakitku itu semakin teruk sehingga suatu hari aku terpaksa dibawa ke hospital. Tini yang menghantarku ke hospital tersebut oleh kerana hanya dia sahaja yang mengambil keberatan tentang diriku dan bukan Salmah, anak kandungku sendiri. Kadangkala aku menyesal akan melahirkan kepada seorang anak yang tidak kisah tentang ibunya sendiri. Aku juga sering bertanya kepada diriku mengapa Salmah berkelakuan begitu dan jika dia mempunyai hati ke tidak. Semasa kami berada di hospital itu, Tini sebenarnya hendak tinggal bersama denganku di situ tetapi Bobo telah mempengaruhi Salmah supaya membawa Tini pulang oleh kerana Bobo sangat mencintai Tini. Tini mengikut Salmah dan Bobo pulang dengan hati yang amat berat. Aku mengasihani Tini. Tidakku tahu apa yang akan dilakukan oleh Bobo kepada Tini semasa aku tiada di rumah. Aku berasa sangat bimbang.
Keesokan harinya, di rumah, setelah Salmah berangkat ke kerja, Bobo pun mengambil peluang itu untuk bercengkerama dengan Tini. Tini tidak berkemampuan untuk melawan balik akan badannya yang kecil itu dibandingkan dia dengan Bobo. Salmah pula tertinggal beg duitnya di rumah lalu mematah balik ke rumah. Alangkah terperanjatnya Salmah apabila ternampak apa yang dilakukan oleh Bobo kepada Tini. Bobo memberitahu Salmah bahawa Tini yang memulakan kesemua itu. Salmah sangat mencintai dengan Bobo lalu mempercayai segala yang Bobo kata. Salmah menjadi marah lalu mendera Tini. Bobo tidak mahu Salmah mendapati bahawa dia yang mula bercengkerama dengan Tini lalu membantunya mengerjakan Tini. Dengan perasaan bimbang, aku pun memberitahu doktor yang merawatku itu bahawa aku sudah pulih lalu meminta izinnya untuk pulang. Dia ragu-ragu untuk melepaskanku kerana keadaanku tetapi akhirnya, aku memujuknya sehingga dia membenarkanku pulang. Aku pun mengucapkan terima kasih lalu mengangkat kaki dari situ. Aku terkejut melihat apa yang sedang dilakukan di rumah semasa aku tiada di situ. Teruk Tini dikerjakan oleh kedua-dua 'binatang' itu. Aku pun membantunya dengan tidak menghiraukan keadaanku.
Pertolonganku tidak begitu berkesan. Aku terlambat. Apabila aku sampai, darah sudah mula berkelumuran dari Tini. Akhirnya, Bobo, Salmah dan Tini terkorban dalam pergaduhan yang hebat itu. Aku hanya mengalami cedera parah sahaja tetapi tidak sehingga membawa maut kepada diri seseorang. Kini, aku tinggal di hospital keseorangan. Walaupun Tini bukan cucu kandungku sendiri, aku tetap menganggapnya sebagai cucuku sendiri. Aku telah kehilangan cucu kesayanganku.