Aku tercedera semasa aku sedang bermain - main di taman permainan. Ibuku cuba merawatkan lukaku tetapi tidak beberapa berkesan. Seorang wanita yang agak tua tetapi sihat datang ke arah kami dan menawarkan pertolongannya. Dia menolong dan setelah selesai, dia menawarkan supaya kami tinggal bersamanya. Ibuku tidak beberapa enggan tetapi setelah berfikir panjang, dia menerima tawaran itu.
Setelah beberapa hari aku tinggal di situ, aku perasan bahawa kehadiran aku dan ibuku tidak disukai oleh Syara iaitu adik kepada Puteri. Ibuku meninggal dunia di dalam tidur beberapa hari selepas itu. Sejak hari itu, aku rasa sunyi walaupun Amalyn ada di dalam rumah itu. Amalyn adalah cucu kepada Puteri. Ibubapanya telah meninggal dunia dan Puteri menjaganya. Aku tidak suka Amalyn kerana dia selalu menggangguku. Aku dan Amalyn kerap didera oleh Syara tanpa pengetahuan Puteri yang sering tiada di rumah kerana harus keluar bekerja untuk menampung kehidupan kami.
Aku tidak tahan lagi untuk didera setiap hari. Aku memikirkan cara untuk mengelakkan diriku daripada kerap didera. Aku mula mencari kawan di luar. Malangnya, aku telah memilih kawan yang salah. Mereka mengajar aku untuk merokok, bergaduh dan banyak lagi perkara - perkara yang tidak baik. Melakukan ini semua mengakibatkan aku untuk menjadi seorang remaja liar. Aku sikit demi sedikit menjadi lebih kuat dan dapat mengatasi deraan Syara. Aku bukan sahaja dapat mengatasi Syara tetapi aku mula mendera Amalyn.
Amalyn tidak sanggup dengan deraan yang dia menerima lalu mengadu kepada Puteri. Dia tidak memberitahu bahawa Syara menderanya juga. Dia hanya memberitahu yang aku menderanya. Aku kemudian dimarahi Puteri. Aku dendam terhadap Amalyn kerana dia membuat aku dimarahi oleh Puteri tetapi Syara tidak.
Aku melarikan diri dari rumah. Aku tidak sanggup untuk tinggal di situ. Fikiranku berkecamuk. Aku tidak dapat berfikir apa harus aku lakukan. Aku melintasi sebatang jalan raya tanpa mengisahkan kenderaan - kenderaan yang sedang bergerak dengan laju. Nasibku malang, kenderaan - kenderaan itu tidak dapat berhenti dan aku ditimpa kemalangan. Sekarang, aku berada di dalam wad ICU.
Jika bapaku tidak meninggalkan ibuku dan ibuku tidak menjadi nyanyuk selepas itu, tidak mungkin ini akan terjadi.