“Iffah, saya rasa awak sepatutnya memberitahu ibu bapa kamu.” Nashrul memberitahuku. Aku enggan. Aku tidak mahu ibu dan ayah bimbang tentangku. “Tak nak Nash... Aku tak mahu membimbangkan keluargaku. Lagi- lagi, aku anak sulung. Ibu dan ayah tentu tidak dapat menelan, ubatnya pahit ini.” “Tapi sayang...” “Tiada tapi. Aku tidak bersedia untuk memberitahu mereka.” Aku menjawab.” “Awak ni!! Selalu macam gitu!” Nashrul menenking. “Dah la! Pergi! Saya tak nak jumpa awak, sementara waktu ini.” Aku meninggikan suaraku, dan beredar dari kamar Hospital Besar Singapura itu.
Perasaan benciku terhadap Nashrul, makin berlebihan tiap saat. “Putus aja la, perhubungan kau dan dia! Ada banyak lagi lelaki di luar sana, yang lebih bagus daripada Nashrul tu.” Betak, benakku.
Akhirnya sampai juga aku di Toa Payoh, estat perumahanku. Tiba sahaja di rumah aku duduk bersama ibu menonton televisyen. “Fah... Kenapa diam aja, dari tadi?” ibu menanyaku, suara ibu sangat menenangkan untuk semantara. “Tidak ada apa-apa la ibu.... “ “Ibu, kalau misalnya jika saya tidak dapat hidup lama dan meninggal dunia sebelum ibu, apa akan ibu buat” Aku menanya. Jika aku adalah ibu, hatiku akan terasa sebak. “Dah lah! Jangan merepek.” Ibu menjawab, dengan suara yang memilukan dan terperanjat. Aku hanya membisukan diri. “Kenapa kamu menanya soalan sebegitu?” Aku tetap tidak menjawabnya.
Nashrul mesegku. Tetapi perasaan dendamku, menyelimut tubuh dan hatiku. Dia meminta maaf kerana dia dalam keadaan yang tertekan sebentar tadi. Aku menalifonnya. “Nashrul. Aku mahu putus tunang. Saya rasa kita tiada jodoh.” Aku langsung mematikan sambungan. Nashrul mesegku dan menalifonku. Aku tidak mengangkat dan tidak menjawab semua mesegnya.
Dua bulan sudah berlalu, aku tetap belum memberitahu ayah dan ibu tentang keadaanku. Perutku semakin sakit dan keadaan aku semakin lemah. Aku hanya diamkan sakitku itu.
Hari demi hari, aku tidak dapat tahan kesakitan yang aku hadapi itu. Aku diberi rawatan dan tiada diberi keputusan untuk tinggal di hospital atau pulang. Aku ditahan di hospital. Doktor mengajak ibu dan ayah ke kuang pejabatnya. "Tapi.. Sepatutnya tak jauh sebegini kan.." Kata hati doktorku kepada jururawatannya. Mungkin kerana, ini adalah kali pertama doktorku memberitahu seseorang tentang keadaan pesakitannya yang semaking rumit dan tiada harapan lagi. Tanpa diberitahu, doktorku meberitahu ibu dan ayah.
“APA!!! DIA MENGHADAPI BARAH PERUT??!!” Ayah menjerit, dengan keadaan yang terkejut. Suara ayah boleh didengar dari bilik hospitalku. "Tidak mungkin doktor. Anak saya sangat sihat." Ayah tetap tidak boleh menerima kenyataannya. Hatiku terasa hancur apabila mendengar kata-kata ayah. Aku tahu masaku hampir tiba. Mungkin hari ini, mungkin esok. Raungan ibu menikam dadaku. "Mereka sudah tahu perkara yang sebenar." Aku bisik ke telinga Nashrul.
Nashrul ada di sampingku di katil hospital yang hodoh itu. Suasana disana sangat pilu. Semua keluargaku ada di dalam bilik itu. Ada yang sedang mendoakanku. Ada juga, yang sedang melihatku sambil menangis. Melihat mereka, aku teringat peristiwa lama. Aku tertawa kecil, untuk menceriakan suasana yang penuh dengan tangisan itu.
Tidak lama kemudian, ayah masuk diikuti dengar ibu. Tidak pernah aku melihat mata ayah dan ibuku merah sebegini. Dari raut wajah ibu, aku tahu bahawa ibu sedang cuba memberiku sokongan yang sepenuhnya. Kesayangan yang ibu dan ayah, telah memberiku tidak dapat aku membalasinya. Nashrul. Dia selalu ada disampingku. Ketika aku gembira, sedih atau pun merana. Aku sangat berhutang budi dengannya. Aku tidak sangka, aku minta putus dengannya. Sekarang aku tahu bahawa kata-kataku tidak bererti apa-apa, kerana aku sangat mencintainya. Sayangnya, aku tidak dapat hidup lama. Aku dan Nashrul, pernah fikir tentang nanti kelak, kita akan berkahwin. Tetapi itu hanya hayalan sahaja.
"Ibu, ayah. Saya mahu minta maaf jika saya telah membuat kesilapan dahulu. Halalkan makan-minum saya. Ingat saya sangat menyayangi ibu dan ayah. Pengorbanan ibu dan ayh tidak dapatku balas. Terima kasih kerana telah mendidikku akidah yang baik." Aku bersuara. Kata-kataku sangat mengusik jiwa ibu dan ayah. "Fah... Jangan cakap macam gitu." Nashrul berkata. Ibu dan ayah tidak terkata-kata, kemungkinan mereka masih tidak dapat menelan semua ini, seperti apa yangku jangkakan. Aku tidak dapat menghalang airmataku. Ia mengalir tanpa berhenti, membasahi pipiku.
"Nashrul, saya nak minta maaf akan kelakuanku tempoh hari. Saya sangat ego. Saya pasti kamu akan mendapat seorang wanita yang lebih baik dari ku. Dan wanita itu sangat beruntung. Saya tidak dapat membalas budi kamu..." Pertama kali aku melihat Nashrul menangis. " Iffah, ingat saya sangat menyayangimu. Dan tiada sesiapa yang dapat mengantimu." Kata-katanya, membuatku tertawa.
"Terima kasih semua datang ke sini. Halal kan makan minum saya. Dan tolong tengokkan ibu dan ayah, ketika saya pergi. Terima kasih sekali lagi."
"Fah. Jangan tinggalkan ibu dan ayah sayang." Ibu berkata. Aku dapat rasa airmataku telah membasahi raut wajah ku. "Ibu. Setiap yang hidup pasti akan mati. Perbezaaannya hanya lambat atau cepat." Ibu dan ayah memelukku dengan erat.
Pernafasanku terucap-ucap. Aku mengucap dua kali masyahadat dan menghembuskan nafasku yang terakhir.